Publication:
Kesalahan-kesalahan makan dan minum pada siang hari bulan ramadan di bawah peruntukan akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi penggal: 77 negara Brunei Darussalam

dc.contributor.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#en_US
dc.contributor.authorHajah Noriah Haji Mohamaden_US
dc.date.accessioned2024-10-03T15:46:01Z
dc.date.available2024-10-03T15:46:01Z
dc.date.issued1998
dc.description.abstractLatihan kerja kursus ini adalah merupakan satu kajian yang ditumpukan kepada kesalahan-kesalahan makan dan minum di khalaysk pada siang hari bulan Ramadan dalam Undang-undang Negara Brunei Darussalam di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 yang secara khusus diperuntukkan dalam bab 173 akta tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau mengenai peruntukan bab 173 "Makanan dalam bulan Ramadan" yang meliputi perlaksanaannya, pentadbiran, prosedur mahkamah dan juga dikaitkan dengan peruntukan dalam melihat anak bulan dan mensabitkan permulaan bulan Ramadan yang terdapat dalam akta yang sama, seterusnya untuk mengetahui keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan ini di Negara Brunei Darussalam. Dalam penulisan ini, penulis telah membahagikan perbincangan kepada tiga bab dengan tajuk-tajuk khusus dan pada setiap bab itu terdapat pula tajuk-tajuk kecil yang berhubungkait dengan tajuk asas berkenaan. Pembahagian itu adalah seperti berikut: Dalam Bab Pertama, penulis telah menjelaskan mengenai "Puasa Dalam Perundangan Islam" yang meliputi takrif Puasa, hukum dan pensyariatannya, rukun, syarat, keharusan berbuka puasa dan hukum orang yang meninggalkan puasa. Dalam Bab Kedua, penjelasan dijuruskan kepada "Puasa Dalam Peruntukan Perundangan Negara Brunei Darussalam" untuk melihat dari segi perlaksanaan dan perkembangan Undang-undang Islam di Negara Brunei Darussalam sehingga terbentuknya Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 dengan menyentuh secara khusus kesalahan-kesalahan makan dan minum di khalayak ramai pada siang hari bulan Ramadan yang disebutkan dalam peruntukan bab 173 "Makanan Dalam Bulan Ramadan", prosedur penangkapan, penyiasatan dan perbicaraannya dan juga menerangkan mengenai prosedur melihat anak bulan dan pensabitan puasa di Negara Brunei Darussalam. Dalam Bab Ketiga, penulis selanjutnya menghuraikan mengenai "Keberkesanan Perlaksanaan Peruntukan Bab 173 Dan Masalah Yang Dihadapi" dalam perlaksanaannya. Dari sudut ini penulis cuba membawakan kepentingan-kepentingan perlaksanaan peruntukan ini, keberkesanannya dan mengemukakan beberapa cadangan sebagai langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan yang berkaitan. Pada akhir penulisan kajian ini adalah merupakan penutup dan satu kesimpulan secara keseluruhan dari apa yang telah dihuraikan dalam kajian ini.en_US
dc.description.callnumbert BP 179 N841K 1998en_US
dc.description.identifierThesis : Kesalahan-kesalahan makan dan minum pada siang hari bulan Ramadan di bawah peruntukan Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi penggal: 77 Negara Brunei Darussalam /by Hajah Noriah Haji Mohamad
dc.description.identityt00011282963NoriahMohamaden_US
dc.description.kulliyahAhmad Ibrahim Kulliyyah of Lawsen_US
dc.description.notesThesis (DAIJ)--International Islamic University Malaysia, 1997-1998.en_US
dc.description.physicaldescriptionxii, 58 leaves : illustrations ; 30cm.en_US
dc.description.programmeDiploma Undang-Undang dan Pentadbiran kehakiman Islam (DLAIJ)en_US
dc.identifier.urihttps://studentrepo.iium.edu.my/handle/123456789/1745
dc.language.isomyen_US
dc.publisherKuala Lumpur : Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia, 1998en_US
dc.subject.lcshFasting -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subject.lcshMuslims -- Conduct of lifeen_US
dc.subject.lcshRamadanen_US
dc.subject.lcshIslamic law -- Bruneien_US
dc.titleKesalahan-kesalahan makan dan minum pada siang hari bulan ramadan di bawah peruntukan akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi penggal: 77 negara Brunei Darussalamen_US
dc.typePostgraduate Diplomaen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle

Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
t00011282963NoriahMohamad_24.pdf
Size:
530.14 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
24 pages file
Loading...
Thumbnail Image
Name:
t00011282963NoriahMohamad_SEC.pdf
Size:
2.05 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Full text secured file

License bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: